Ad Code

GUNUNG PINE TREE DAN GUNUNG TWIN PEAK DAYHIKE

Di Puncak Twin Peak 
Assalamualaikum semua

Dah lama tak buat entry hiking, dah penuh draft tapi ya ampun nak menulis entry hiking ni kena betul-betul ada mood menulis supaya tak tertinggal info penting untuk korang yang berminat nak hiking.

Kalini saya nak share trip hiking Gunung Pine Tree dan Gunung Twin Peak yang terletak di Fraser Hill, Pahang. My buddies untuk trip ni, Gee, my hiking buddies, first trip dengan Gee ni naik Gunung Irau, lepas tu terus selalu hiking sama. Kalau nak ikut mana-mana trip digalakkan ada buddy atau kawan yang pacenya lebih kurang dengan kita, kalau pace line up untuk trip tu agak laju, kita masih ada buddy yang akan hiking bersama.

Okay back to topic, baca tajuk pun tau trip ni adalah dayhike, Perjalanan dari starting point ke Pine Tree dan Twin Peak lebih kurang 10.1km, jadinya 20.2km perjalanan pergi dan balik. Gunung PTTP (ni adalah singkatannya), merupakan tempat yang digemari photographer sebab kat sini banyak spesis burung-burung yang rare dan bunga liar yang cantik. Tak lupa juga haiwan liar ye, biasalah kan tu, nama pun masuk hutan, nanti saya cerita bab tu. 

Kami diarahkan berkumpul di Masjid Fraser Hill sebelum subuh dan akan bergerak ke starting point lebih kurang pukul 7 pagi. Pendakian bermula setelah sesi panaskan badan dan bacaan doa dari gogo. Permulaan trek landai lebih kurang 1km, kemudian ada anak tangga. Hikers yang dah biasa mendaki PTTP pasti dah familiar dengan tangga penyesalan.

Trail map dari starting point ke Twin Peak (Sumber: Google)
Trek PTTP ni treknya agak landai, cuma sesekali akan jumpa trek naik turun yang tak pacak, tapi pendaki biasanya tewas dengan mental memandangkan treknya agak jauh. Kurang 5 minit dari puncak Pine Tree, akan jumpa trek berbatu yang pacaknya 90 darjah. trek berbatu ini ada tali untuk kita panjat ke atas, tapi memang perlu berhati-hati, silap langkah boleh jatuh, and the it will be a history. haha Sebab tu, untuk mendaki kesini perlu pakai kasut yang bersesuaian ye.

Kami berehat dan makan tengahari di Pine Tree sebelum meneruskan perjalanan ke Twin Peak. Untuk ke puncak Twin Peak, lebih kurang sekitar 1 jam mengikut pace masing-masing. Trek untuk ke Twin Peak sedikit mencabar melalui lembah naik dan turun dan melalui balak-balak kayu. Jika hiking masa hujan tu, perlu lebih berhati-hati ye.

Sampai di Twin peak, lepas sesi bergambar, kami terus patah balik ke Pine Tree, untuk ambil bag dan balik ke trailhead (starting point). Trek PTTP ni single trek, kebarangkalian untuk sesat tu kurang, namun, pada yang belum pernah hiking gunung ni, jangan nak pandai-pandai masuk tanpa guide ye. Jadi apa-apa nanti susah sebabnya kat sini hutannya terkenal dengan binatang buas. 

Masa nak patah balik ke trailhead dari Pine Tree, kami dah berpecah mengikut pace masing-masing, masa ni, saya berjalan seorang, dan ada seorang laki line up lelaki jalan kat depan lebih kurang 10 tapak. Tiba-tiba dia berhenti, dan bagi isyarat suruh diam. Masa ni dah sedikit cuak, dalam hati dia ni nampak hantu ke binatang. Lepas tu, nampak dia keluarkan pisau kecik, so dah tau dia ada nampak binatang buas la ni. Lebih kurang 3 minit kami stop, dia bagi isyarat untuk jalan semula, dan dia jalan laju gila dan tinggalkan saya seorang diri. Dalam hati hanya Allah je lah yang tau kan, dengan takda apa-apa alatan tajam untuk pertahankan diri. Masa ni kira berserah je lah, memang sesungguhnya hanya doa dijadikan sebagai senjata. Jalan secepat yang boleh untuk kejar sesiapa di depan, lebih kurang setengah jam, jumpa seorang lagi line up perempuan. Lega rasa di hati ni, hanya Allah je lah yang tau. Tapi kami masih bergerak mengikut pace sendiri, kadang saya di depan, kadang dia di depan yang penting, masih nampak kelibat masing-masing sehingga lah sampai di trailhead. 

Bila sampai di trailhead, saya tanya lah kawan lelaki tu, ada apa yang suruh stop. Terkejut sangat, dia kata bunyi nafas harimau kumbang yang sangat dengan dengan kami waktu tu. Tapi bila tengok harimau tu takda nak serang ke apa, jadi dia teruskan perjalanan. Sampai hati tinggalkan saya keseorangan, dan masa tu taktau harimau, kalau tak dah berlari ke trailhead haha

Di puncak Pine Tree
Alhamdulillah berjaya tawan kedua-dua puncak. PTTP dayhike checked! Macam biasa, time log saya sertakan di bawah ye.

⛰️Pine Tree 1448m ✅
⛰️Twin Peak 1586m ✅


TIME LOG GUNUNG PINE TREE & TWIN PEAK
0800 Pine tree trail head
1030 Arrived Puncak Pine Tree
1200 Descending to Twin peak
0100 Arrived Puncak Twin Peak
0130 Descending to Pine Tree
0230 Arrived Pine Tree
0230 Descending to trail head
1700 Arrived trail head
*Time log hanya sebagai rujukan, time log sebenar berdasarkan pace sendiri

Post a Comment

37 Comments

  1. bff saya pn suka hiking..slalu tgk gmbr die hiking...tahniah dpt tawan GUNUNG PINE TREE TWIN PEAK day hike ..seronok bila dh smp puncak...oh photographer suka ye kt sini sbb bole capture burung & bunga liar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sini banyak spesis burung liar. haritu hiking pun bertembung dengan seorang mat saleh dok shoot gambar, tapi diorang tak pergi jauh dari starting point pun

      Delete
  2. Sis tak pernah sampai lagi Bukit Fraser, dah berpa kali plan ada je halangannya, one day nak juga ke situ tapi bukan hiking laaa, nak bercuti...mesti cantikkann pemandangan dari atas tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercuti pun best kat fraser, rehat santai2 dengan family, tapi situ takda aktiviti la hehe

      Delete
  3. Tahniah. Berjaya sampai ke atas GPTTP ☺️

    Dapat hirup udara segar.

    Seronoknya tengok orang2 pergi hiking ni. Jeles. Kita pun nk pergi. Kekangan dgn anak². Hehehe.

    Harap 1 day dapat jugak hiking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ajak anak2 hiking santai2, kl/selangor banyak bukit2 yang sesuai untuk budak2

      Delete
  4. Allah cuaknya dengar, ada yang dengar bunyi nafas harimau kumbang 😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, dah la dia tinggalkan kita sorang2, alhamdulillah takda apa2

      Delete
  5. Seronok tengok orang hiking naik bukit semua. Unfortunately for me dah tak boleh buat sebab lutut problem lepas accident. Rindu nya nak extreme sport 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau camtu better don't lutut nak pakai lama huhu

      Delete
  6. kita tak pernah lagi hiking jauh-jauh struggle macam ni. bukit-bukit rendah je lah mampu. ni nak naik tangga pun lemah, apa lagi hiking ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung ni category moderate.. takpa bukit pun okay

      Delete
  7. mommy pernah hiking jugak. masa umur 15 tahun, pergi aktiviti sek hiking gunung lumut.

    kali kedua, time study u hiking broga.

    dah kahwin mommy rasa takdanak hiking lagi kot. stamina dah kelaut dan berat badan naik. menyusahkan orang plak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena training before hiking. betul tu kita hiking taknak la susahkan orang..

      Delete
  8. Bila twngok orang up fasal hiking ni teringat masa kerja di majalah WANITA dulu saya juga panjat Gunung Ledang dan satu gunung di Pulau Besar untuk jejak Pu3 Gunung Ledang bagi rencana berepiaod Pu3 Gunung Ledang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung ledang dah naik. tapi belum buat entry

      Delete
  9. seronok tengok mereka yang gemar buat aktiviti macam ni...selain kita dapat melihat kecantikan alam sekitar aktiviti ini juga bagus utk kesihatan

    ReplyDelete
  10. Haish , bilalah nak dapat join hiking2 ni. Niat dalam kepala dah lama dah nak hiking ni tapi malas lah, macam2 alasan diberi sendiri haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. kalau malas tak dapatlah nak tolong

      Delete
  11. Aduhai. cuaknya baca ada dengar nafas harimau kumbang tu! Haha. Tapi rindunya nak hiking lagi. Rasa puas sangat kan bila sampai ke puncak atau destinasi yang kita tuju tu.

    ReplyDelete
  12. rasanya husband saya tak sampai sini lagi. sebab saya tak pernah dgr nama gunung ni :) hi hi hi hi...
    dia byk hiking gunung kat semenanjung ari tu before naik kinabalu.
    one thing lah ekk, uolls dpt naik gunung ni, di atas tu view always ohsem ekk. rugi la saya yg tak bertenaga utk sampai ke puncak tu.
    tahniah!
    nanti da abis pkp, boleh plan aktiviti ni lagi lah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindunyaaa kinabalu. tu pun belum buat entry. kinabalu view memang ohsem..

      Delete
  13. Tak pernah lagi hiking. Setakat hiking biasa2 je pergi air terjun. Kalau badan ni fit mmg suka nak buat. Tp sb asma tak larat nak naik bukit. Hehe. Best jugak dpt pi sini ada pokok pine.

    ReplyDelete
  14. Seumur hidup I sekali je I pernah hiking dekat chiling sebelum I ada anak lah.. kena ada stamina yang okay oh kalau nak hiking ni kalau tak tumbang huhu... bestnya tengok air terjun... cepatlah tamat PKP ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. PTTP takda air terjun, tapi kat Fraser ada, air terjun jeriau

      Delete
  15. Cantiknya pemandangan. Seronok tengok orang hiking sana sini. Sambil sihatkan badan boleh tengok alam ciptaanNya. Macam akak ni tak boleh sangat buat aktiviti lasak macam ni atas nasihat doktor. Kalau nak buat juga kena pergi bukit bukit rendah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut je nasihat doktor, bukit2 pun banyak view yang cantik

      Delete
  16. Bestnya tgok org berhiking, sis mmg tak buat aktiviti mcm ni, sekali aje sis buat..naik gunung kinabalu..itu pun nangis2 sis dibuatnya..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kinabalu view ohsem...moderate trail cuma jauh je la

      Delete
  17. Wah bestnya hiking, view pun cantik. mesti ramai yang hiking2 ni jadi rindu sebab lama tak dapat hiking

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye rindu sangat nak masuk hutan

      Delete
    2. Omg... nasib baik the harimau tak attack. Binatang ni memang ada six sense kalau kita tak bernait nak attack dia and berhati suci maka selamat la.

      Delete
  18. Alamak.. Kita baca ikut sama naik cuak. Berombak nafas nak tau ada apa..
    Ada rimau rupanya. Fuhhhh, dia boleh rasa.. Yang kita pulak tak tau apa apa ye..
    Sereeemm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hutan memang ada binatang liar. rezeki jumpa dengan tidak je

      Delete