Trip hiking kali ini ke Gunung Gap dan Ulu Semangkuk atau famousnya Gunung GUS. Line up seramai 33orang di bawah pengurusan KPE Hikers. Untuk trip GUS, kita aim untuk sunrise attack. Gunung GUS terletak di Fraser Hill, Pahang lebih kurang setengah jam dari Fraser Hill, starting point di tepi jalan menuju ke Fraser.

Kami berkumpul di dataran Kuala Kubu Baru jam 1am dimana dataran ini merupakan station terakhir untuk persiapan mengosongkan perut dan pundi. haha. Perjalanan dari dataran KKB ke starting point memakan masa 1 jam dan jalan teramat bersimpang siur. Kemabukan yang teruk lalu jalan tu tapi itu je jalan yang ada terpaksa bertabah.

Dari arah KKB, starting point akan berada di sebelah kanan. Terdapat beberapa parking berbumbung di sebelah kanan jalan dan tandas yanh dah tak di selenggara.

Selepas briefing dan warm up, kami memulakan pendakian pada pukul 3.20am. Permulaan pendakian terus pacak, tapi jangan risau ada tali kat trek pacak tu.  Trek selepas tu tak terlalu pacak. Pendakian ke Gunung Gap mengambil masa kurang satu jam untuk moderate pace. Kalau padu rasanya setengah jam dah sampai.

Gunung Gap Checked at 4am

Setelah berehat dan bergambar sehingga semua dah sampai ke peak Gunung Gap, kami mula bergerak untul mendaki oe Gunung Ulu Semangkuk. Trek ke Ulu Semangkuk tidak pacak sepanjang trek, hanya di sebahagian tempat sahaja dan trek lebih banyak landai. Jadi sempat la hilangkan lelah masa melalui trek landai.

Jam 5.40am kami sampai ke peak Ulu Semangkuk, namun disebabkan masih awal dan gelap untuk sunrise attack, masing-masing ambil peluang untuk tidur sebentar. Tapi keadaan yang amat sejuk di peak tak dapat nak lelap. Bila dah mula cerah sedikit semua beransur ke peak Batu Besar dan pokok yang sangat viral untuk bergambar jika sampai ke peak Ulu Semangkuk.
Hot Spot di Peak Ulu Semangkuk. Kira tempat wajib bergambar kalau sampai peak.

Disebabkan kabus tebal, view pun tak nampak. View dari hot spot ni memang sangat cantik. Boleh nampak gunung ganang yang berdekatan. Trek dari Gap Ke Ulu Semangkuk ada naik turun tapi tak pacak sepanjang trek, hanya di beberapa tempat je pacak. Trek GUS adalah trek hutan di mana banyak akar pokok, jadi harus berhati-hati sewaktu naik dan turun. Ada line up kami yang tersadung, koyak kasut yang baru di beli. Jadi perlu berhati-hati bila mendaki terutama masa sunrise attack sebab masih gelap kan.
Gambar masa nak turun. Masa ni dah kurang sejuk.

Trek GUS sesuai untuk beginner, trek nya landai cuma pacak di beberapa tempat sahaja. Dan pendakian hanya mengambil masa kurang 3 jam. Tepat 8.30 kami mula mendaki turun dan sebab kan kami antara yang pertama turun sempat lah bergambar di Jambatan gantung berdekatan starting point. Jambatam tu sebelah kiri dan  perlu jalan ke arah Fraser Hill.


Bae Roslan
Gunung GUS
February 2019