Trip kali ini sebenarnya bertujuan untuk trip santai ke Lata Penyel, namun hasil dari meracun fikiran geng Lata, dapat lah hiking ke Bukit Berekeh hehe. Tak seronok kalau trip terlalu santai kan. Trip Lata Penyel di ketuai oleh Hus si abam bidang haha

Hasil dari peng'google'lan (teruk betul bahasa haha) menurut wowmalaysia.com.my Lata Penyel terletak di perkampungan orang asli Pos Yum lebih kurang 60 kilometer dari pekan Sungai Siput. Pos Yum terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa merupakan sempasan Perak-Kelantan, berhampiran Gunung Yong Belar. 

Kami berkumpul di simpang depan hospital sungai siput sekitar pukul 11am. Ingatkan Lata Penyel tak jauh dari Bandar Sungai Siput, tekaan meleset jauh. Perjalanan mengambil masa lebih 1jam dari simpang Hospital Sungai Siput ke Pos Yum. Sementara menunggu semua tiba, sempat pulak kami kenduri durian di situ hehe. Ada pakcik jual buah depan Hospital Sungai Siput.

Tiba di Perkampungan Orang Asli Penyel, perlu trekking lebih kurang 15minit untuk ke air terjun Lata Penyel. Track landai namun berbukit pasti sedikit semput bagi yang tak biasa trekking/hiking. Di tambah pula perlu bawa ration masing-masing. Kepenatan akan hilang setibanya di air terjun. Tempat yang sangat indah, tenang dan udaranya bersih sangat. Terpegun dengan keindahan air terjun penyel. Haruslah bergambar dulu haha

Cantik sangat air terjun Penyel ni

Di situ terdapat banyak gazebo yang boleh di tempah melalui orang asli yang menjaga di situ. Kemudahan seperti tandas dan gazebo bertutup untuk wanita juga disediakan.

Yang best untuk trip kali ni kami semua masak sendiri. Menu untuk lunch kami masak nasi putih, gulai ikan kering dan terung, sambal belacan, sambal kicap dan ayam goreng. Malam kami bakar ayam, sosej dan kambing.  Kambing sold out berebut-rebut. Ramai peminat kambing rupanya trip kali ni haha

Lepas dah kenyang masak air panas dan buat kopi o kaw sambil main sahiba. asyikkkk banget haha.
Esoknya pukul 4.30am kami bergerak ke Bukit Berekeh untuk hiking. Bersemangat semua nak hiking. Memandangkan ini trip Berekeh 2.0 jadi ceq santai-santai saja. Kami tiba di starting point kelapa sawit sekitar 5.30am dan bersiap-siap untuk terus mendaki

Trip Berekeh 2.0 ni catatan masa lebih baik dari sebelum ini. Hiking di 5 puncak hanya mengambil masa 45minit untuk moderate pace tanpa henti. Starting point Berekeh ada dua iaitu berdekatan masjid dan satu lagi di ladang kelapa sawit. Laluan ini akan bertemu di peak yang pertama. Jadi, masa nak turun perlu lebih tahu laluan mana yang naik tadi kalau tak perlu menapak ke starting point yang berbeza yang agak jauh. kalau dari peak, laluan kekanan adalah laluan ke starting point kelapa sawit dan laluan sebelah kiri laluan ke starting point masjid. Simpang tu tak banyak beza jadi ramai yang tersalah waktu turun termasuk lah geng-geng Lata kami. Nasib diorang baik ada pakcik yang sudi tumpangkan ke starting point yang kami tunggu.

The best team. Semua baru kenal tapi rapat macam sedara


Sunrise di Berekeh

Peak of Berekeh


HIKING LOG BUKIT BEREKEH

Level difficulty: Moderate

5am -  6.10am : starting point kebun to peak. Trek clear, no starting point.

Tips hiking bukit berekeh

1. Bawak air dan coklat secukupnya
2. Jangan ikut pace orang lain. tak larat berhenti je
3. Boleh bawa hiking stick sebab masa di 5 peak agak curam bagi yang tak biasa hiking'
4. Pakai knee guard untuk kebaikkan lutut.
5. Naik before masa gelap (before sunrise around 5-5.30am) jadi tak mental sangat bila tengok jalan yang curam dan sempit di setiap peak.

Itu je rasanya tips untuk beginner. Bagi yang dah biasa hiking, berekeh ni boleh sesuai untuk latihan trail run dengan keadaan 5 peak yang naik turun tu. As always view Berekeh tak pernah menghampakan.

UPDATE: Kalau korang nak contact number untuk guide atau tok batin lata penyel boleh email saya di robaeyah.roslan@gmail.com


Bae Roslan
Bukit Berekeh & Lata Penyel
26-27 January 2019