Pulau Anambas mempunyai 255 pulau yang menakjubkan dengan 26 pulau yang didiami. Ia adalah pesona semulajadi yang terletak di sebuah kepulauan Riau dengan kepulauan paling indah di Asia. Anambas juga terkenal sebagai Maldives Asia. 


Sebelum perjalanan ke Anambas minggu lalu, saya dapat menikmati #FestivalPadangMelang2019, pengalaman merasai makanan Anambas, menikmati keindahan matahari terbenam di Pantai Kusik, mandi-manda di air terjun Ulu Maras dan banyak lagi.


MAKANAN
Indonesia sentiasa menawarkan tarikan kuliner mereka melalui makanan laut segar yang pasti memberi kepuasan pada perut anda. Pengalaman merasai makanan laut di Pulau Jemaja akan membuat pelancong kembali berulang ke pulau itu. Selain itu, Anambas terkenal dengan otak-otak dan kernas, iaitu satu hidangan yang lazat yang dibuat dari gabungan sagu dan ikan serta herba campuran yang dimasak seperti lempeng. Pada saya ia agak pedas, tetapi ia mrupakan hidangan yang wajib di cuba apabila anda datang ke Anambas. Jangan lupa durian Letung, yang pastinya akan memberikan pengalaman makanan yang memuaskan sepanjang berada di Anambas.





CHALET & RESORT
Terdapat pelbagai jenis chalet dan resort yang ada di Anm=ambas ini pastinya mampu memberi keselesaan mengikut bajet anda keperluan anda samada sebagai pasangan kekasih untuk tujuan berbulan madu, atau percutian keluarga ataupun bercuti secara backpacker. Saya mencadangkan Jemaja Natural Sea Resort sebagai terletak di tempat yang di tengah lautan dan harga yang berpatutan. Terdapat tempat untuk anda melompat dan menyelam terus di laut untuk berenang di resort berdekatan. Pengalaman berharga yang harus anda rasai jika berpeluang menginap di sini. 

\

NERAJA WATERFALL
Air terjun Neraja atau air terjun Ulu Maras terletak di Kuala Meras, kira-kira 40 minit menunggang motosikal dari Terminal Letung Ferry. Ia mempunyai dua kolam semula jadi, di bahagian atas dan di bawah air terjun. Ia adalah tempat yang baik untuk bersantai dan menikmati alam semulajadi. Memandangkan saya suka air terjun, tempat ini adalah tempat yang bagus bagi saya untuk menenangkan minda. Saya sangat menyukainya dan anda juga perlu ke sini jika berpeluang ke Anambas.


PENDUDUK ANAMBAS
Kebanyakan orang di Anambas adalah bangsa Melayu, tetapi terdapat juga masyarakat Cina, Jawa, dan orang-orang dari Kalimantan Barat (Giora, 2019). Orang-orang di Anambas sangat mesra, yang akan membuatkan anda berasa seperti keluarga bila berada di sana.


Anambas pastinya tempat percutian yang indah dengan air laut yang jernih serta terumbu karang  dan hidupan laut yang masih terpelihara. Saya suka berada di Anambas dan saya pasti akan kembali lagi ke sini pada masa akan datang dan mungkin untuk menikmati keindahan dasar laut Anambas.

Artikel ini disponsor oleh Bawah Island Reserve.

Bae Roslan,
Malaysia.

#wonderfulindonesia #pesonaindonesia #bawahreserve #anambasisland

📷 oleh Wilson Wong