Trans Naning merupakan trip hiking yang menjadi idaman para hikers.


Pendaki akan melalui 7 puncak gunung iaitu Gunung Datuk, Gunung Rembau, Gunung Gagak, 701,705, Tampin Utara dan Tampin Selatan. Trip trans naning ini adalah trip reverse, maksudnya pendakian akan bermula dari Tampin Selatan dan menamatkan pendakian di Gunung Datuk. 


Trans naning bukan trip untuk beginner kerana trip ini agak panjang dan trail yang turn naik dan keadaan pacak yang tiada diskaun hehe. Maksudnya trail pacak landai dan di setiap puncak, kira 1-2jam hanya untuk melalui trail yang pacak dan mencanak tu.


Trail jugak agak licin dan perlu melalui pokok-pokok duri serta pohon buluh. Trail Tran Naning agak mencabar, perlu merangkak, melalui balak, lereng gaung, dan melalui trail licin tanpa pohon yang boleh berpaut. Anda akan berjumpa dan beramah mesra dengan pacat di sepanjang perjalanan. Hanya di Gunung Datuk je yang takda pacat.


TIME LOG TRANS NANING

0415 : Starting point (Tiang 9)

0450 : Tampin selatan 35min

0520-0540 : Tampin utara 20minit. Berhenti untuk solat subuh

0615-0705 : Puncak 705 50minit

0720-0820 : Jeram waterpoint 1jam. Regroup

0910 : Jeram- Ultra 10minit

0920-1050 : Ultra-Puncak 701 1j30min

0110-0158 : Puncak 701-Gagak 48minit

0209-0243 : Gagak-simpang Y 32minit

Simpang Y-Rembau 20 minit (optional. Tapi kalau tak ke Puncak Rembau tak complete Trans Naning)

0315-0340 simpang Y-Datuk 25minit

0425-0530 Datuk-Starting point Datuk 1j5minit

Total 7.5 jam (Berdasarkan moderate pace)

TIPS UNTUK HIKERS

  • Pakai baju lengan panjang supaya tak luka kena duri.
  • Tudung hendaklah yang bersesuaian. Jangan pakai tudung kain satin, jika terkena duri, rosak tudung nanti.
  • Jangan pakai sandal, di nasihatkan pakai kasut yang bersesuaian untuk hiking. Jangan pakai kasut running sebab trail licin
  • Pakai stokin yang ketat dan panjang (stokin pemain bola) bagi mengelakkan pacat masuk.

Pendapat peribadi saya, trail Trans Naning adalah trail yang sesuai jika pendaki memilih untuk menadi trail yang panjang namun begitu sekiranya pendaki suka kan trail yang mencabar trail ini tidak begitu memberi cabaran yang besar. Ini kerana tahap ketinggian setiap gunung tidak begitu tinggi dan keadaan trail pacak landai merupakan trail yang biasa pendaki hadapi. Namun begitu jangan memandang enteng pada setiap trail. Walau apa keadaan sekalipun, pendaki seharusnya membuat persiapan yang rapi dari segi kelengkapan dan mental serta fizikal.

All the best pada yang bercadang nak mendaki Trans Naning. Antara trail yang menjadi trend dan kegemaran para pendaki.