Salam korang.. maaflah dah lama tak menulis akibat kekangan waktu dengan tugasan hakiki. Lapar tak tengok gambar makanan kat atas tu? Kali ni saya nak share satu menu yang viral iaitu Ayam Geprek.

Saya berkesempatan untuk rasa ayam geprek di Kampung Station yang terletak di KL Traders Square. KL Traders Square ni baru di buka dan kat sini berjenis kedai beli belah dan kedai makan termasuk lah kedai Eco RM2. Parking agak susah tapi inshaaAllah ada je. 

Kampung Station ni baru je dibuka pada September 2019 kira baru kurang lebih 5 bulan di buka, dan menu viral di Kampung Station adalah ayam geprek!!!! Kira best selling di kedai ni. Harga pun sangat lah berpatutan, hanya RM7.50 je, korang akan di hidangkan dengan nasi putih, ayam goreng, sambal, tempe dan tauhu goreng serta ulam-ulaman seperti salad, timun dan kobis. Haaa dan juga sup kosong.

Ayam Geprek ni lebih kurang macam ayam penyet cuma bezanya adalah pada sambal. Pada saya sambalnya tak terlalu pedas kira just nice, tapi tak dinasihatkan untuk kanak-kanak ye. Untuk harga RM7.50, portion nasi yang disediakan 1 penuh mangkuk bersama ayam (quarter portion) kalau makan tengahari boleh kenyang sampai malam hehe

Sambil makan tu sempat berbual dengan pemilik restoran Kampung Station, iaitu Puan Seema. Kata puan seema sambal di restoran ini di masak menggunakan empat jenis sambal. Patutlah rasanya berbeza dengan tempat lain.

Kalau korang nak try ayam geprek Kampung Station ni korang waze KL Traders Square. Kampung Station ni dibuka dari pagi hingga malam bermula dengan menu lauk-pauk. Ayam geprek hanya akan disediakan selepas pukul 2 petang serta masakan panas. Selamat mencuba!

Alamat:
Kampung Station
A-G-41, KL Traders Square, Jalan Gombak, Setapak 53000 kuala Lumpur

Waktu operasi:
8.30 pagi - 11.30malam