Assalamualaikum semua

Kita dah menjalani fasa ke empat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan secara umumnya ramai rakyat yang terkesan dengan PKP semenjak ia diumukan oleh Perdana Menteri Malaysia. Walaupun sebahagian besar syarikat telah mula beroperasi di fasa empat ini, namun, masih ramai yang terkesan, adanyang hilang kerja, ada yang hanya dapat separuh gaji sahaja dan pelbagai lagi. Dengan rasa keprihatinan yang tinggi, pihak VIT Makanan Sdn Bhd, pengilang dan pengeluar makanan segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini. 


Bantuan agihan makanan ke Balai polis Rawang

Vits tampil memberi sumbangan bagi meringankan beban petugas dan golongan sepanjang waktu PKP ini. Inisiatif yang proaktif oleh pihak Vits telah diambil dengan menyumbangkan kembali kepada masyarakat uanh memerlukan dan pada para barisan hadapan yang sedang berjuang demi negara dalam situasi sukar ini.  


Bantuan makanan diagihkan pada petugas polis dan tentera di sekatan jalan raya

Lebih dari 3000 karton yang di sumbangkan oleh pihak Vits Malaysia kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, para petugas polis yang sedang menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang tua.
Bantuan makanan covid di agihkan kepada team Hospital Kuala Lumpur


Noodlesman atau Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, "Covid19 adalah situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri dalam situasi penuh risiko demi perjuangan memerangi Covid 19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buat mereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini". 

Bantuan makanan diagihkan pada Rumah orang-orang tia di Kuchai Lama

Vits Malaysia merupakan peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering sentiasa memastikan makanan yang dihasilkan melalui saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, Vits Malaysia sangat menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemeriksaan suhu badan, pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di nyah kumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang bersih dan terjamin. 

Semenjak PKP dijalankan pada 18 March yang lalu, pihak Vits mencari warga emas berumur 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja untuk diberikan bantuan makanan. Pihak Vits percaya golongan warga emas seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini. Sekiranya anda mempunyai jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan Vits akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka. Pihak Vits berharap agar dengan bantuan ini dapat membantu bersama-sama mengangani Covid19. 

Untuk maklumat lanjut mengenai anda boleh menghubungi unit komunikasi dan pemasaran / Cik Baizura di nombor 6012 631 2098 atau laman sesawang kami www.vitsnoodles.com