Hebahan telah disalur, 
Bantuan juga dihulur, 
Namun, jelata masih tak akur, 
Apa mahunya,
Bentangan guderi?

Suara kerdil ku, 
tenggelam dek sorakan, 
mereka yang gembira kebebasan, 

Tangisan ini, 
Buat tanah tumpah, 
Buat pemimpin yang meresah, 
Buat barisan hadapan yang melelah, 
Buat rakyat yang tak endah, 

Ayuh Malaysia, 
Kita bangun dan lawan, 
3C wajar kita elakkan, 
Jangan biar ia musnahkan kita, 
Menghuru-harakan dunia, 
Merosak ekonomi terjana, 

Kunci tingkahmu sehari-hari, 
Sahut ingatan Ulil Amri, 
#kitajagakita sematkan dihati, 
Pasti kemenangan kita miliki. 

Bae Roslan,
bae@08052020

**Sila share jika manfaat, DILARANG copy paste

Saya harap nukilan ini disebarkan, moga-moga menajadi asbab kesedaran bagi sebahagian insan. Saya sedih dengan sebahagian rakyat yang masih belum peka walaupun kempen kesedaran giat dijalankan. Moga nukilan ini menjadi usaha kecil saya yang hanya #dudukdirumah. Ayuh semua rakyat Malaysia kita bersatu dan melawan #covid19. Buat semua yang pembaca blog ni, stay safe always.

#nukilanBaeRoslan #kitajagkita #covid19 #dudukrumah #elakkan3c #jarak1meter #kerapbasuhtangan #ayuhmalaysia #kitamestimenang #stopcovid19


Credit poster: @hotfm

DISCLAIMER: KARYA INI ADALAH HAK SEPENUHNYA WWW.BAEROSLAN.COM. DILARANG MEMBUAT SALINAN DI MANA-MANA TANPA KEBENARAN.