Assalamualaikum semua

Gunung Yong Belar atau biasanya disebut YB dikalangan pendaki merupakan Gunung ke-3 tertinggi di Semenanjung Malaysia dan disenaraikan sebagai salah satu G7. Dengan ketinggian 2181m(7162ft), terletak di Cameron Highlands,Pahang. Gunung Yong Belar ni berada di Empangan Lembah Blue berkoordinasi 4.61263N, 101.40432E. Trail Gunung Yong Belar memerlukan ketahanan fizikal dan stamina yang baik kerana ia merupakan trek yang panjang dan teknikal. Keadaan bumi yang naik turun dan berselut sangat lah menguji mental terutamanya musim hujan.

Saya menyertai satu team hiking yang menganjurkan trip YB3B (Yong Belar 3 Boundaries). YB3B ni kira macam trip trans, menawan 4 puncak, kalau trip single, maknanya menawan 1 puncak gunung saja. Saya memang excited sangat nak join trip YB3B, memang wishlist la kiranya, sebab 4 puncak yang akan di tawan ni melibatkan 3 buah negeri iaitu Pahang,Perak dan Kelatan. Tapi ada kejadian sedih yang berlaku. Takpa lah kita merancang Tuhan yang menentukan. 

Trip YB3B yang dirancang adala trip 2 hari 1 malam, dengan memilih jalan kebun sebagai starting point dan kami sepatutnya akan tidur di kem gurkha. Jadi kami dinasihatkan oleh guide, dan sweeper perlu sampai di kem gurkha sebelum malam. Seperti yang dirancang, kami mula hike seawal 4 pagi, mula-mula kami masih jalan bersama dalam 1 kumpulan, kemudian masing-masing mula ikut pace sendiri, jadi terpecah kepada beberapa kumpulan. Saya dan kawan berada dengan kumpulan yang pertama, kami jalan bersama dengan guide. Trip hiking biasanya memang akan terpecah kepada beberapa kumpulan ikut pace dan akan regroup di beberapa check point supaya gap diantara kumpulan tak jauh sangat. Korang akan jumpa 7 puncak tipu sebelum jumpa kem tudung periuk. Kami berehat di Kem Tudung periuk untuk sarapan, dan untuk line up yang nak bergambar di pelaur, guide bagi turun untuk ke pelaur. Kemudian kami teruskan perjalan sehingga ke Kem Kasut untuk regroup dan makan tengahari. Masa ni, gap di antara kumpulan agak jauh. Saya di dalam kumpulan pertama, kami sampai sekitar pukul 11 pagi. 

Memandangkan kumpulan belakang masih jauh, dan guide nak tunggu semua ada baru gerak ke puncak YB. Lebih kurang pukul 1 baru kumpulan terakhir sampai, masa ni, gogo dan guide dah berbincang, macam tak sempat sampai di kem gurkha sebelum malam. Jadi selepas berbincang, semua setuju untuk tidur di helipad. Dan 2 orang line up, setuju taknak teruskan misi YB3B sebab pace mereka sangat slow, jadi diorang turun dengan group lain yang kami jumpa di kem kasut yang memang kebetulan nak turun. Yang menjadi masalah sekarang, di helipad takda waterpoint, so kami semua angkut air sebanyak yang boleh untuk ration company (bekalan makanan untuk semua line up yang dah termasuk dalam yuran permit). 


Dari kem kasut ke puncak kurang dari 2 jam (slow pace mungkin 2 jam kot). Kami sampai di puncak, tak sampai setengah jam, hujan lebat yang teramat sangat. Berat bag dah bertambah dengan penambahan ration company. Saya kena angkut fly ground untuk open tent (maaf saya tak translate bahasa, supaya penceritaan sampai kerana ini bahasa yang digunakan dikalangan hikers, kalau ada hikers yang baca, inshaaAllah diorang senang faham). Open tent ni kira khemah terbuka, takda zip semua, hanya alas untuk tidur dan fly alas di atas untuk dijadikan bumbung. Dalam keadaan hujan yang lebat, dan ada seorang line up yang injured, tapi dia taknak turun sama dengan line up yang berdua tadi 😭 Guide nasihatkan untuk kami semua turun semula. 


Masa ni memang kecewa yang teramat sangat. Mana taknya, kalau trip single orang tak bawak load bermalam sampai kepuncak, tak bijak namanya tu, lain lah kalau nak training. Kami dah bawak load, masing-masing pun minimum 10kg terisi dengan segala keperluan untuk trip bermalam. Pada saya, alang-alang dah basah ni, teruskan je la ke helipad, tapi guide tak setuju, dengan rasa kecewa, akur dengan keputusan guide. Kami pun mula turun ke kem kasut semula. YB ni gunungnya sejuk yang teramat, bila berhenti memang sejuk menusuk, jadi saya tak nak berhenti lama-lama. Namun apalah daya, kena akur dengan keputusan guide kan. Kami yang dah tiba awal di kem kasut, terpaksa regroup menunggu kumpulan terakhir yang tiba pukul lebih kurang pukul 6. Masa ni dengan sejuk, lapar sebab last makan pukul 12 tengahari, guide kata kita gerak lepas maghrib dan dijangka sampai di bawah pukul 12 malam paling lewat dan kami tidak dibenarkan berjalan ikut pace sendiri, semua mesti jalan dalam satu kumpulan sebab dah gelap. 

YB ni agak terkenal dengan gunung yang selalu kena kacau. Saya ni ada satu peel yang sejenis tak boleh lapar, kalau lapar saya akan amukan haha Dari kem kasut nak ke kem tudung periuk, lebih kurang 2 jam kalau pace slow sekalipun, tapi entah lah hantu mana yang nak bermain-main, kami tak jumpa kem tudung periuk. Guide kata kami dah kena main, sebab kami melalui jalan yang sama sahaja. Guide arahkan semua berhenti, dan salah seorang line up, Abg Man, cuba baca doa dan azan, kemudian kami teruskan perjalanan. Dalam perjalanan tu, tiba-tiba salah seorang line up menjerit dan menangis-nangis, semua di arah berhenti dan cuba menenangkan dia, rupanya dia ternampak 'gula-gula', sambil dia nangis terduduk tu, ada yang nampak ular kecil kat kaki dia, jadi abang man baca doa dah ular tu menghilang. Saya tak nampak kejadian ni, ni semua diceritakan kembali pada saya sebabnya otak saya dah tak function masa ni, orang jalan saya jalan, orang berhenti saya berhenti haha dah tak ingat pukul berapa sampai di Kem tudung periuk. Salah seorang kawan ingat saya dah kena sampuk. haha Saya sejenis tak boleh lapar, kalau lapar lebih menakutkan dari hantu, masa ni memang takda rasa takut ke apa ke, yang tahu cepat turun saya nak makan nasi. punya la teruk lapar masa tu. 

Akhirnya dah selesai drama dengan gula-gula tadi, kami bergerak turun semula. Sampai di Kem tudung periuk, semua orang dah terlalu keletihan, dah tak mampu nak jalan, dengan tak makannya, bawak load lagi guide tak nak berhenti, nak cepat-cepat keluar, siap marah-marah lagi cakap jalan slow. Dalam hati ni, macam-macam rasa ada bila guide cakap camtu, hanya Tuhan yang tahu. Akhirnya, kami sampai kat bawah pukul 5 pagi. Powil datang pick up dan hantar kami ke Masjid Lojing dimana kami semua parking kereta kat situ, terus mandi, bersihkan diri, solat subuh, lebih kurang pukul 7 pagi baru lah makanan siap dimasak oleh crew, kami masak kat masjid tu. 17 jam kelaparan tak ke macam orang kebuluran, nasi mentah pun licin, sebutir nasi tak tinggal haha

My adik-adik paling sayang

Trip ni menjadi trip paling saya tak boleh lupa, kerana ini trip paling kecewa. Kami tak dapat teruskan misi menawan YB3B hanya kerana ada line up yang tak training. Saya ambil kesempatan nak menulis disini, kalau kita nak hiking di mana-mana gunung, adalah penting untuk kita ambik tahu keadaan gunung tu, keadaan trail, jarak, jangka masa perjalanan, kelengkapan yang perlu dibawa dan paling penting mestilah TRAINING! Ada satu ketika, hiking jadi sangat trending, tapi kebanyakan kes syok sendiri, tak bersedia, lepas tu injured dan kena panggil bomba dan sebagainya. Ada je saya jumpa line up yang baru pertama kali hiking, tapi ikut trip G7, saya yang dengar ni macam wow padunya budak ni, tak biasa hiking terus naik Gunung-gunung G7, rupanya kelengkapan tak cukup, stamina tak ada, alih-alih, orang kena bawak beg dia, sebab dia dah tak daya nak berjalan. Geram pun ye lah jugak, sebab hiking ni team work, jadi kita perlu siapkan diri, ilmu hutan, kena tau yang basic, sebabnya kita tak tau apa akan berlaku kat hutan tu, jangan ambil ringan ye. Banyak pulak terbebel, saya jadi serik lepas trip YB ni, setiap kali nak join trip yang level of difficulty-HARD, saya akan tanya gogo ada line up selected ke tak, kalau tak selected memang tak join. hehe Selected ni means gogo akan interview dulu, kita pernah naik gunung apa, pace kita, supaya gogo boleh nilai tahap stamina dan kekuatan fizikal untuk ikut trip yang di kelolakan. Okay macam biasa saya bagi hiking log saya, tapi saya akan bagi hiking log YB Single je.

HIKING LOG GUNUNG YONG BELAR SINGLE

0200 Berkumpul di Masjid Lojing
0300 Naik powil, taklimat dan doa
0430 Mula mendaki
0530 Regroup dan solat subuh
0600 Decesding to Kem tudung periuk
0830 Kem Tudung Periuk
0930 Decesding to Kem Kasut
1045 Kem Kasut
1400 Ke puncak
1600 Mencapai puncak, berdoa dan berselfie
1700 Decesding down
1830 Kem Kasut
0000 Kem Tudung Periuk
0500 Tiba di kebun, naik powil ke masjid

KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA

1. 2L beg air (water bladder)
2. T-shirt dan seluar tambahan
3. Makanan
4. Baju hujan
5. Beg dan kasut yang bersesuain
6. Stokin tambahan
7. Hiking stick
8. Fleece Jacket / Windbreaker  & glove (berangin dan sejuk)
9. Headlamp dan extra bateri
10. Peralatan perkhemahan