Assalamualaikum semua

Ramai yang belum tahu saya adalah pengantin PKP. hehe Merasalah nikah di pejabat agama je, walaupun tak sama seperti perkahwinan yang diimpikan, takpelah Alhamdulillah dah berkahwin dan sedang melayari alam perkahwinan. Doakan saya dan suami sentiasa menyayangi kerana Allah ye. Bagi pasangan yang berkahwin, dah tentulah mengimpikan cahaya mata yang soleh solehah, inshaaAllah. Begitu jugalah saya, dan daripada pembacaan dan ilmu yang dikongsikan oleh kawan2 yang dah berkahwin, saya pun haruslah mula mencari ujian kehamilan di rumah yang terbaik. 

Terdapat pelbagai jenama bagi ujian kehamilan di rumah atau dikenali sebagai UPT (Urine Pregnancy Test) dimana beberapa ujian kehamilan di rumah dikatakan dapat mengesan jika korang hamil atau tidak sehingga lima hari sebelum haid anda akan bermula. Betul ke? Haa betul lah tu. 

Kalau korang nak tau, ujian kehamilan di rumah menggunakan hormon chorionic human gonadotropin (hCG) untuk mengesan kehamilan, dan ada yang lebih sensitif terhadap hCG daripada yang lain. Oleh itu, beberapa ujian berfungsi lebih awal apabila anda kurang hormon, sementara yang lain tidak akan menunjukkan positif sehingga kemudian apabila anda mempunyai jumlah yang lebih tinggi. 

Bagaimana Ujian Kehamilan Berfungsi? 

Melalui pembacaan saya, apabila telur disenyawakan, badan kita akan mula menghasilkan hCG. Semasa awal kehamilan, tahap hCG meningkat dua kali ganda setiap dua hingga tiga hari dan memuncak menjelang akhir trimester pertama. Ujian kehamilan akan mengesan berapa banyak hCG yang terdapat dalam air kencing korang. Tapi, mesti ramai yang tanya (termasuklah saya sendiri) , seberapa tepat Ujian Kehamilan ni? Secara amnya, ujian kehamilan di rumah lebih tepat bilamana kita buat ujian pada waktu yang sesuai dan bertepatan. Maksudnya kita membuat ujian kehamilan selepas hari sepatutnya kita datang haid. Tapi walaupun boleh membuat ujian kehamilan lebih awal ia tidak bermakna korang boleh buat UPT seawal selepas hari ovulasi ye, besar kemungkinan korang akan mendapat negatif palsu dn perlu buat semula UPT. 

Berbalik pada alat UPT yang dicari-cari, akhirnya saya jumpa jenama UPT yang dipercayai iaitu AllTest Early Detection. Yang bestnya AllTest Early Detection ni senang sangat nak guna, lepas tu keputusan dalam 3 minit je tau, dan semestinya ketepatan keputusannya adalah 99% .


Cara penggunaan:

1. Keluarkan kit ujian dari plastik foil dan uji segera dalam satu jam

2. Buka penutup pada kit ujian dan letakkan bahagian hujung kit tu pada air kencing, korang boleh alirkan air kencing pada bahagian hujung kit tu atau boleh letakkan di dalam bekas air kencing yang bersih agar ia dapat menyerap dan biarkan selama 15 saat.

3. Kemudian, korang tutup semula penutup kit ujian dan dan letakkan di atas meja yang bersih.

4. Baca keputusan selepas 3 minit.

Seperti dalam gambar kat atas korang boleh nampak keputusan untuk positif akan ada dua garisan (terang/kabur), jika hanya terdapat satu garisan (pada C) bermakna keputusan adalah negatif dan jika terdapat satu garisan (pada T), ia adalah tidak sah. 

AllTest Early Detection pilihan saya

Untuk makluman lanjut dan pembelian korang boleh layari:

Instagram: 
https://instagram.com/longtravellove

Facebook page: 
https://www.facebook.com/longtravel8

Shopee Shop: 
https://shopee.com.my/longtravel

Lazada Shop: 
https://www.lazada.com.my/shop/alltest/