Assalamualaikum semua

Zaman teknologi kini, orang kata semua benda boleh beli secara online. Jangan tak percaya, gas pun dah boleh beli secara online tau. Saya pun baru je tau pasal platform BeliGas.my yang menawarkan pembelian gas murah dan mudah secara online. Pengalaman saya sendiri, pernah masa tengah masa gas pula habis, bila call kedai kadang pekerja tak ada nak hantarkan. Tapi kini, dah tak perlu tunggu lama untuk dapatkan gas, boleh order awal untuk penghantaran keesokkan hari, yang penting murahhhh.


BeliGas merupakan platform pembelian gas secara online yang berpusat di Seri Kembangan. Berita baik untuk korang yang ada di Lembah Klang, BeliGas mempunyai 67 lokasi servis di Lembah Klang, jadi jangan risau kalau korang tinggal kat Ampang pun, penghantaran tak akan ambil masa lama.

KENAPA PERLU BELI GAS DARI BELIGAS.MY

1. Harga Terjamin 


Kami menjamin harga seperti yang kami tawarkan di laman web kami apabila sampai ke pintu premis anda. Harga kami mengikut harga warta Kerajaan untuk gas masak LPG.

2. Servis Penghantaran Mudah

Kami menyediakan servis pickup mahupun penghantaran terus ke pintu premis anda!

3. Tiada Caj Tersembunyi

Harga kami tetap dan sama di seluruh cawangan outlet retail kami. Tiada caj tersembunyi mahupun tambahan apabila kami menghantar gas.

Macam saya cakap tadi, mudah sangat nak beli gas di BeliGas.my ni. Cara pembelian gas melalui aplikasi BeliGas ni mudah je tau. Hanya muat turun aplikasi BeliGas di https://play.google.com/store/apps/details?id=my.beligas.delivery kemudian ikuti langkah berikut:


BeliGas dengan tagline Beli Gas Murah dan Mudah dah tentulah harganya berbaloi-baloi. Kalau korang beli dengan penghantaran pada hari yang sama, harga standard rm26.60. Kalau korang buat pra pesanan, harga gas jadi lebih murah tau. Dan kalau nak gas tu dihantar pada waktu sama masa pembelian, ada sedikit caj tambahan. Takpalah daripada lauk atas dapur tak masak kan, surcaj untuk bangunan bertangga pun RM3 je.

Kalau nak tau, BeliGas menjual tong gas jenama SOLAR 14kg, yang bagusnya pihak BeliGas menerima sebarang tong gas dari pelanggan. Sesetengah kedai tak menerima tong jenama lain tau. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh BeliGas ini amatlah memudahkan kita semua untuk memesan gas memasak dengan lebih mudah dan murah. Jom jimatkan masa kita dengan membeli gas secara online di BeliGas.my. Nak tau lebih lanjut boleh layari https://beligas.my/