Assalamualaikum semua


Kalau korang tau gambar apa yang kat atas tu, memang tak syak lagi korang adalah gamers sejati. Sejujurnya saya tak berminat nak ambil tahu pasal game, nama game pun saya salah sebut. haha

Ada sekali tu sembang-sembang dengan kawan, saya nak cerita pasal game yang viral masa tu lah, saya bagitau, "alahhh game P. U.B.G (sebut huruf tu satu-satu)". 

Yang kawan ni terpinga, jenuh dia pikir game apa tu, tak pernah dengar. Pastu dia tanya "maksud hang PubG ke?" 

"Ohh itu ke sebutannya." Mengekek la kami bersama haha. Tapi sampai lani saya lebih selesa sebut P. U. B.G rasa sebutan tu lebih sesuai untuk game tu (sukahati je kan haha). Nak cerita sebenarnya saya tak berminat nak ambil tau pasal game ke, play station ke, jenis-jenis game pun memang tak. pernah ambil tau. 

Sumber : Google

Semalam adik ipar baru beli PS4 Pro, saya suka controller PS4 ni, cantik je dan berseni designnya. Malam tu sakan depa dok main game PES2021, yang taktau tu, PES tu game bola. Pastu adik ipar ajak main, dia ajarkan macam mana nak guna controller tu, boleh berlari, tendang bola, slide, eh macam-macam lah kan. Saja je la cuba-cuba nak tengok gak apa yang bestnya game ni kan yang ramai sangat manusia suka habiskan masa main play station atau game ni. 

Bila dah cuba sendiri saya sedar satu iaitu permainan ni memerlukan daya fikir yang tinggi, kekuatan memori dan fizikal. Itu kesimpulan dan pendapat peribadi saya selepas main game tu lah. Pandangan saya pada gamers terutamanya sedikit berubah, baru saya nampak kebaikan main game ni. 

Permainan video ni sebenarnya bukan saja permainan yang menyeronokkan tetapi dari sudut saintifik juga menunjukkan terdapat faedah/kebaikan bermain video game ni hasil daripada beberapa penyelidikan yang telah dilakukan. Saya kongsikan 4 faedah bermain video game yang akan buat korang mine blowing. 

4 FAEDAH BERMAIN VIDEO GAME BERDASARKAN KAJIAN

1. Permainan video 3D dapat meningkatkan kapasiti memori 

Dalam kajian tahun 2015 di The Journal of Neuroscience, penyelidik dari University of California, Irvine merekrut 69 peserta, dan meminta sepertiga dari mereka (kira 13 orang) Irvine ni suruh mereka main Super Mario 3D World selama dua minggu (korang mesti pernah main kan?), lagi 13 orang disuruh untuk bermain Angry Birds, dan selebihnya tidak bermain apa-apa. Hasil kajian Irvine mendapati pengalaman bermain permainan 3D akan memberi ransangan bermakna kepada otak. Dan hasil kajian menunjukkan 13 orang yang bermain Mario 3D, menunjukkan peningkatan yang lebih baik dalam melakukan tugas memori susulan berbanding yang lain. Dan para penyelidik menyimpulkan "Pemain video yang secara khusus menyukai permainan video 3D yang kompleks menunjukkan prestasi yang lebih baik". 

2. Permainan video boleh menghilangkan rasa sakit 

Jangan tak percaya, dengan bermain permainan video juga dapat menghilangkan rasa sakit. Tinjauan literatur 2012 yang diterbitkan dalam American Journal of Preventive Medicine mendapati bahawa dalam 38 kajian yang diperiksa, permainan video meningkatkan hasil kesihatan 195 pesakit di setiap bidang, termasuk terapi psikologi dan fizikal. Penyelidikan yang dijalankan oleh American Pain Society pada tahun 2010 mendapati permainan realiti maya berkesan untuk mengurangkan kegelisahan atau kesakitan yang disebabkan oleh penyakit kronik atau prosedur perubatan. Bila pesakit memberi tumpuan kepada permainan realiti maya, ia akan buatkan pesakit kurang bagi tumpuan pada rasa sakit sebab bermain video melibatkan penglihatan dan deria lain.

3. Meningkatkan bacaan kanak-kanak disleksia

Terdapat permainan bukti yang membantu kanak-kanak disleksia meningkatkan bacaan mereka Permainan video juga dapat membantu kanak-kanak tau. Namun bukanlah semua permainan ye, Kajian yang dilakukan pada 2013 menyelidiki apabila kanak-kanak disleksia berusia 7 hingga 13 tahun bermain permainan aksi, ia akan membuatkan mereka membaca dengan lebih cepat berbanding rawatan membaca secara biasa. Ini kerana permainan video membuatkan mereka memberikan perhatian terhadap pembelajaran dengan lebih efektif. 

4. Permainan video sebenarnya dapat menjadikan anda lebih pintar

Satu kajian yang diterbitkan dalam PLoS ONE pada tahun 2013 mengatakan bahawa kognisi anda mungkin akan meningkat ketika anda memulakan Xbox atau PlayStation. Penyelidikan dilakukan ke atas lima kumpulan yang tidak bermain permainan video ini, dan di minta untuk bermain permainan video sejam setiap hari selama empat minggu. Selepas empat minggu, penyelidik mendapati bahawa semua permainan video, baik permainan aksi dan bukan aksi, meningkatkan fungsi kognitif para peserta dengan ujian seperti tugas memori jangka pendek.

Sumber : Google

Ternyata bermain video game ni ada juga kebaikannya, cuma kita sendiri perlu pandai menguruskan masa. Janganlah main game tu sampai kita abaikan perkara yag lain pulak. Pengalaman saya main play station baru-baru ini memang saya akui dan bersetuju dengan kajian yang dah dijalankan tu sebabnya otak memang kena proses dengan laju untuk ingat macam mana nak guna controller tu, nak memikir strategi permainan lagi kan. Bila main tu memang kita kurang fikir masalah lain, rasa seronok je, stress pun hilang. Apapun yang kita buat jangan berlebihan, bersederhanalah, sebab jika sesuatu tu kita buat secara berlebihan pasti akan ada keburukan sampingan yang kita akan dapat. Contohnya bermain video game ni, jika secara berlebihan pastilah akan efek kesihatan kita kan. 

Untuk semua yag membaca ni, harap korang semua kurangkan aktiviti diluar. virus covid masih berleluasa ye. Jangan lupa musuh yang perlu kita lawan sekarang. Beli paly station, jadi tak la bosan sangat duduk rumah tu hehe 

Stay safe everyone.