Assalamualaikum semua

Musim PKPB ni ramai yang bekerja dari rumah termasuklah saya. Taktau la sampai bila kita perlu bekerja dari rumah, harapnya covid akan cepat menghilang dan kita dapat jalankan kehidupan seperti biasa. Bila bekerja di rumah ni, rasa macam banyak pulak masa, yela kan kita dah jimat masa untuk ke office, kalau saya, perjalan pergi tempat kerja satu jam je ergi balik tu kira tak termasuk singgah beli nasi lemak lah, takoyaki lah, tealive lah haha

So, bila rasa macam banyak nau masa, kepala ni mula la pikir macam-macam nak masak padahal rumah ni dua orang je, sapa je la nak makan. Saya suka buat kuih muih dan kek sebenarnya, kira kalau dapat baking tu macam satu terapi untuk diri sendiri. 

Haritu nampak tauhu lembut masa beli barang dapur, terus beli walaupun masa tu taktau lagi nak masak apa haha Dah empat hari dalam peti baru lah ada mood nak masak tauhu lembut tu. Masak pun perlukan mood tau kalau tak masakan kang tak jadi sedap, ye ke? hehe Korang pun mesti pernah beli tauhu lembut kan? Selain masakan biasa, sebenarnya tahu lembut ni boleh diperbagaikan tau. Jom harini saya nak kongsikan, apa je yang boleh dibuat dengan tauhu lembut ni. 

Setiap kali saya beli tauhu lembut, saya paling suka buat Tau Fu Fa. Alkisahnya teringin nak makan tau fu fa, dah lama tak makan, kat area rumah saya ni tau fu fa jual di pasar malam je, jadi baik buat sendiri je la dari nak masuk pasar malam tu. Peniaga pun dah kena rotate, penah pi pasar malam, peniaganya taka ada sebab bukan giliran dia berniaga minggu tu. 

Senang je nak masak tau fu fa ni, jom saya bagi cara-cara masak di bawah:

1. Kukus tauhu lembut sehingga lembut, saya kukus sekitar 30 minit. Walaupun tauhu tu memang dah lembut, bila kita kukus lebih lama, teksturnya akan jadi lebih lembut. 

2. Dah siap kukus boleh la sendukkan tauhu tu macam entuk tau fu fa ke dalam bekas berasingan.

3. Lepas tu, tuang air gula dalam tauhu yang dah disendukkan tu.

Korang boleh masak sendiri air gula, nak air gula hitam ke, putih, pandan, rose ha pilih la sendiri nak warna apa, Kemanisan pun kita boleh adjust sendiri je, kalau suka manis boleh letak gula banyak. Tapi lebih baik kurangkan gula ye, tak baik untuk kesihatan.


Inilah hasilnya, saya buat sebekas kecik tu je nak hilangkan mengidam nak makan tau fu fa

Teksturnya  seakan sama macam tau fu fa tau, kalau makan sejuk-sejuk lagi sedap. Senang dah lepas ni, bila-bila nak makan boleh buat sendiri je. Mudah je nak buat.Saya masak guna air gula hitam je, guna apa yang ada kat rumah je.


Selain tu, korang boleh buat tauhu berlauk dengan menggunakan tauhu lembut. Ada yang guna tauhu biasa tu, tapi guna tauhu lembut tekstur tauhu berlauk akan lebih lembut berbanding guna tauhu biasa tu. Kalau inti kita dalam tauhu tu rasa akan jadi lebih sedap, boleh la jadikan kudapan, buat sarapan pun kenyang tau.

RESEPI TAUHU BERLAUK

Bahan-bahan:

Tauhu lembut
Dada ayam/udang diblender halus
Lobak merah dicincang halus
Daun bawang di potong halus
Garam
Lada hitam
Telur 1 biji

Cara-cara memasak:

1. Blend tauhu lembut, dada ayam, telur sehingga sebat dan halus

2. Gaulkan bersama lobak dan daun bawang, garam dan lada hitam.

3. Masukkan dalam bekas bersegi dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Bila dah keras tu maknanya dah masak.

4. Biarkan sejuk dan potong ikut saiz yang korang nak.

5. Untuk makan tauhu berlauk, lebih sedap jika celup dalam telur dan goreng. Kalau taknak boleh terus goreng tauhu berlauk.

6. Kalau nak frozekan, goreng seketika tauhu berlauk tu tanpa telur. Jangan lama tau, dalam 5 saat setiap bahagian. Tunggu sejuk dan boleh letak dalam plastik atau bekas untuk frozen. Boleh tahan sehingga 3 bulan.

Inilah hasilnya tauhu berlauk saya

Ini tauhu berlauk saya dan jugak nugger tempe yang saya frozenkan

Senang je kan nak buat tau fu fa ekspres dan tauhu berlauk ni. Lepas ni dah boleh tambahkan tauhu lembut dalam list arang dapur korang. Musim PKPB ni adalah masa sesuai nak tambahkan stok frozen, sebab masa kita lebih banyak di rumah.

Dengan kes yang makin meningkat sekarang, saja nak pesan, kurangkan keluar rumah juka tak perlu dan jika keluar jaga SOP yang telah kerajaan tetapkan ye. Kita semua perlu berganding bahu bersama untuk bebas dari penyebaran covid-19.

Selamat mencuba dan stay safe semua!