Assalamualaikum semua

Ada tak peminat filem tamil kat sini? Saya antara top fans movie tamil, telugu, malayalam sebab movie diorang biasanya berdasarkan kisah benar. Saya suka movie berdasarkan kisah benar, kalau buku pun kurang baca fiksyen, tapi kalau fiksyen lebih suka realistik fiksyen, rasa lebih dekat dihati dan cepat sikit nak habiskan baca buku tu haha Harini saja nak review beberapa movie tamil yang saya dah tengok dan semua movie ni berdasarkan kisah benar ye. Mungkin ada yang korang dah pernah tengok kalau belum tengok ha boleh la baca review ni pastu pilih je nak tengok yang mana. Kebanyakkan movie yang saya pilih ni adalah kisah misteri pembunuhan dan penyiasatan, genre macam ni rasa suspen sikit nak tau kesudahannya, kadang tak terfikir kita siapa pembunuh sebenar. Dah jommm baca..

ANKUR ARORA MURDER CASE

Pengarah : Sohail Tatari
Penulis : Vikram Bhatt, Shagifta Rafique
Pelakon : Kay Kay Menon, Visshesh Tiwari, Tisca Chopra
IMDb rating : 6.5/10


Sumber Google

Filem ni diterbitkan pada tahun 2013 dan ia diilhamkan oleh kisah nyata yang berlaku di salah sebuah hospital di New Delhi. Ia mengenai kisah mencari keadilan untuk Ankur Arora untuk kematiannya yang tidak wajar selepas melakukan pembedahan. Pihak hospital cuba menutup apa yang sebenarnya berlaku semasa proses pembedahannya. Namun seorang doktor pelatih, iaitu Dr. Romesh merasakan terdapat keanehan apabila dia mendapati Ankur menjadi koma selepas pembedahan sebabnya Dr Romesh tidak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam operasi pembedahan Ankur. Dr Romesh cuba mendapatkan maklumat penjagaan Ankur dari jururawat yang bernama Roseena tetapi malangnya jururawat itu telah mengambil cuti sebelum jadual jaganya selesai. 

Dr Romesh pun mula menyiasat kes berkenaan kematian Ankur. Mula-mula tu mak Ankur redha je kematian anak dia, tapi Dr Romesh yakinkan mak Ankur kesilapan memang dari pihak hospital. Kita boleh tengok betapa jujur dan bersemangatnya Dr Romesh terhadap kerjayanya sebagai seorang doktor. Cite ni best sebab ianya kisah benar dan macam-macam halangan yang dilalui untuk buktikan kebenaran. Plot twist masa dihujung cerita, bila last tu baru rasa yes, you deserve it! giteww

AGENT SAI SRINIVASA ATHREYA

Pengarah : Swaroop Rsj
Penulis : Swaroop Rsj
Pelakon : Naveen polishetty. Shruti Sharma, Shredha Rajagopalan
IMDb rating : 8.4/10

Sumber Google

Agent Sai Srinivasa Athreya adalah filem tamil yang ditayangkan pada 2019. Menceritakan tentang seorang penyiasat persendirian yang bernama Sai Srinivasa Athreya, yang obses menyiasat kes jenayah dan sentiasa mencari peluang untuk menyiasat kes yang rumit. Dia sangat bijak walaupun pada luaran nampak bersahaja dan seperti bermain- main ketika melakukan penyiasatan. Pada awalnya dia hanya mejalankan siasatan kes kecil kecilan bagi menyara hidup.  Cabaran sebenar yang ditunggu- tunggu muncul apabila dia menerima satu kes di mana seorang ayah telah hilang ketika sedang menuntut keadilan untuk anak perempuannya yang dirogol dan dibunuh namun mana kes ini langsung tidak diendahkan polis. Tetapi detektif Sai dapat menghidu sesuatu yang mencurigakan dan mengesyaki kes ini berkait rapat dengan misteri penemuan mayat tidak dikenali yang sering dijumpai di landasan keretapi. Jalan cerita filem ni sangat sukar diramal dengan plot twist yang buat kita meneka hingga klimaks.

Di akhir filem, ditayangkan laporan surat khabar berkenaan kisah ni, yelah filem ni diadaptasikan melalui kisah benar. Kadang rasa tak tercapai akal kenapa ada manusia kejam macam ni, mempergunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan diri. Filem ni memberi maksud sebenar penunggang agama. Korang memang kena tengok filem ni. 

RATSASAN

Pengarah : Ram Kumar
Penulis : Ram Kumar
Pelakon : Vishnu Vishal, Radha Ravi, Sangii Murugan
IMDb rating : 8.7/10

Sumber Google

Satu lagi filem tamil yang best adalah Ratsasan, ditayangkan pada tahun 2018. IMDb rating pun tinggi, dah tentu lah best. Filem ini mengisahkan seorang polis yang sedang memburu seorang pembunuh bersiri yang telah memburu gadis belasan tahun.  Kesemua gadis tersebut dibunuh dengan kejam kemudian mayatnya diletakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Kekejaman pembunuh ni memang tak masuk akal lansung. Klimaks filem ni bila anak saudara polis tu sendiri dijumpai dibunuh dengan sangat kejam, padahal ayah dan pakcik dia seorang pegawai polis. Cara pembunuh tu approach gadis-gadis ni pun sangat tak terjangkau akal kita sebagai penonton. Berjaya atau tak pegawai polis menangkap penjenayah kejam yang juga telah membunuh anak saudaranya itu? Kalau nak tau korang kena la tengok. Walaupun ini filem pembunuhan bersiri, tapi mesej yang disampaikan sangat jelas. Banyak moral serta nilai murni yang dapat kita belajar dari filem ni. Moga Malaysia dijauhkan daripada pembunuhan kejam macam ni.

Ada banyak lagi filem tamil yang best saya nak kongsi, tapi saya review tiga filem je dulu. Kalau rajin nanti saya review lagi. Saya suka tengok filem berdasarkan kisah benar sebab banyak perkara kita boleh belajar dari jalan cerita filem tersebut. Kalau korang ada filem tamil yang best especially pembunuhan bersiri, kongsilah dekat komen, nanti saya cari dan boleh review in future.

Satu lagi pesanan, kita masih belum menang dengan covid ye, jadi menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa ikut SOP yang ditetapkan. Jaga jarak, elak berada di tempat yang ramai orang ye, bukan apa, virus tu tak nampak, jadi selalu basuh tangan atau guna sanitiser okay!

Stay safe everyone..