Assalamualaikum semua

Bila sebut tentang jerawat, bukan saja wanita, lelaki masa kini pun dah ambil berat tentang kulit wajah. Menjadi suatu kepantangan bila naik jerawat. Semenjak covid, lagilah jerawat ni naik dah macam ada kenduri kat muka tu haha Jadi, penjagaan rutin kulit wajah terutama kalau berjerawat tu sangat penting. Ia akan membantu menghilangkan lebihan minyak, membersihkan pori-pori, dan membantu mempercepat hilangkan jerawat dan parut yang ada.

Antara faktor yang mempengaruhi jerawat tumbuh adalah hormon, genetik, gaya hidup, diet, berpeluh, dan mungkin juga produk penjagaan kulit yang tidak sesuai. Banyak produk yang dijual di pasaran yang boleh kita beli dan cuba, namun tanpa rutin penjagaan yang betul, keberkesanan produk yang dibeli tu mungkin tak akan nampak. Jangan salahkan produk pulak ye. Korang hanya perlu cari produk yang memang khas untuk jerawat, ini kerana bahan yang digunakan sememangnya dapat mengelakkan jerawat dan kemerahan, keradangan, kesakitan, dan bekas luka yang timbul akibatnya.


3 LANGKAH MUDAH HILANKAN JERAWAT

Memperkenalkan rangkaian Anti Jerawat NUViT, produk yang berasal dari Taiwan ini sememangnya berkesan dan paling penting selamat kerana bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tumbuhan semulajadi. Rasa lebih selamat bila gunakan produk NUViT sebab ia yang bebas dari bahan kimia berbahaya, bahan pengawet, wangian, alkohol dan tiada alergen. Bahan semulajadi yang digunakan adalah seperti pati minyak tea tree, ekstrak meadowsweet, ekstrak witch hazel yang terbukti berkesan dapat mengawal minyak di kulit wajah.

Kulit yang berminyak cenderung untuk membuat jerawat lebih mudah merebak dan akhirnya meninggalkan parut pada kulit wajah. Dengan NUViT Anti Acne, ia dapat mengurangkan masalah kulit berminyak yang cenderung untuk mengembangkan jerawat, parut dan komedon, Nuvit's Anti Acne Pure meningkatkan metabolisme keratinosit, mengatur pengeluaran sebum, antibakteria, mengurangkan keradangan dan mengecilkan pori-pori untuk memberikan perawatan masalah jerawat secara total. Selain menghilangkan jerawat, komedon, dan mengurangkan saiz pori, Anti Acne Pure dapat mengatur rembesan sebum, menjadikan kulit lebih segar, halus dan anjal. Mengandungi hanya 2% asid salisilik, set penjagaan jerawat NUViT ini dipatenkan khas untuk anda yang mempunyai masalah jerawat.

LANGKAH 1 : ACNE & BLEMISHES PREVENTION CONCENTRATE


Untuk langkah pertama, gunakan Acne & Blemishes Prevention Concentrate. Produk ini membantu menghilangkan whiteheads dan blackhead secara berkesan selain membersihkan kulit wajah dan mengecilkan pori serta mempunyai sifat antibakteria dan kawalan minyak. Bi-phase toner ini juga mempunyai zink oksida dan kaolin dima ia dapat meningkatkan kesan pengawalan minyak sambil memperbaiki liang pori. Penggunaan ekstrak Alga Tasik Klamath juga dapat melembapkan kulit serta memperbaiki kulit menjadi lebih sihat. Produk ini sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat, kulit berminyak, dan liang pori terbuka.

Cara penggunaan
Bersihkan wajah dan sapukan produk ke telapak tangan atau kapas dan urut dengan lembut ke wajah dan leher. Goncangkan sebelum setiap penggunaan untuk mengaktifkan. Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.

LANGKAH 2 : CORRECTOR PURIFYING FLUID


Seterusnya, gunakan Corrector purifying fluid. Ia akan mengatur keseimbangan minyak dan air pada kulit wajah dan membersihkan serta mengecilkan pori. Corrector ini mempunyai kesan antibakteria, jadi ia dapat membantu melembapkan dan memperbaiki kulit agar lebih sihat. Dua bahan utama yang terdapat dalam corrector ini iaitu asid hyaluronik dan ekstrak mur manis akan membantu melembapkan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan kulit yang berjerawat. Manakala vitamin B3 pula dapat meningkatkan penyembuhan kulit dan membuatkan transformasi melanosom dari melanosit untuk mengurangkan pembentukan parut jerawat. Corrector ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat, berminyak, comedones dan pori terbuka.

Cara penggunaan

Bersihkan wajah, lakukan langkah 1,kemudian sapukan dengan betuljumlah produk di seluruh wajah. Urut perlahan kulit wajah dan biarkan ia menyerap sepenuhnya. Gunakan dua kali setiap hari pada waktu pagi dan petang.

LANGKAH 3 : PURIFYING GEL


Langkah terakhir, gunakan Purifying gel. Ia dapat memberi bantuan segera kepada kulit berjerawat dan penyembuhan kepada luka jerawat. Gel ini akan memberi kesan anti-radang dan mengurangkan pembentukan parut. Vitamin Cyang dienkapsulasi di dalam gel ini berkesan mencegah pembentukan parut jerawat. Manakala Aloe vera membantu mengurangkan keradangan dan membantu menenangkan jerawat. Peppermint essential oil akan buatkan kulit rasa lebih segar. Gel ini sangat sesuai untuk kulit breakout, dan semua untuk smeua jenis kulit yang berjerawat.

Cara penggunaan
Setelah lakukan langkah 1 dan 2, sapukan gel pada jerawat yang yang meradang. Hanya sapu pada jerawat sahaja. Tak perlu sapu seluruh muka. Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan
petang.

Set NUViT Anti Acne ini dapat membantu korang dapatkan kulit wajah sihat yang diidamkan. Apapun saya nak ingatkan, jangan hanya bergantung pada produk ini, korang perlu jaga rutin penjagaan wajah dengan betul dan lakukan secara konsisten. InshaaAllah korang akan nampak perbezaannya bila kita jaga rejimen penjagaan wajah kita. Set Anti Acne ni sangatlah best sebab harga pun berpatutan.  Jom cantik bersama NUViT. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari:

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

#NUViT #Skincare #AntiAcne #BreakFreefromAcne #BeRealBeYou