Assalamualaikum semua,

Kalau korang penggemar komik, korang mesti akan jatuh cinta dengan buku ni. Masa mula-mula pilih buku ni, saya tertarik untuk baca sebab ia adalah kisah benar. Saya memang suka genre realistic fiction, atau pun buku yang berdasarkan kisah benar. Bila dah baca terus jatuh cinta dan sekejap je dapat habiskan siri barefoot ni.

Tajuk: Siri Barefoot Gen
ISBN: 9780867196023
Penulis: Keiji Nakazawa (Terjemahan oleh Art Spiegelman)
Terbitan: Last Gasp (2004)
Bilangan mukasurat: 284 m/s
Rating: 10/10

SINOPSIS

Kisah mengerikan Hiroshima yang di kompilasikan dalam versi manga ini menceritakan tentang kisah benar perang yang berlaku di Hiroshima, penderitaan yang perlu ditanggung oleh rakyat yang tidak bersalah. Keiji Nakazawa menceritakan kisah benar yang di lalui di dalam 10 jilid siri barefoot gen, dan memperincikan setiap peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas bos atom dilepaskan di Hiroshima. Kehilangan keluarga, dan penderitaan seluruh rakyat Hiroshima di paparkan di dalam siri ini, dan jalan cerita yang banyak bermain dengan emosi.

Gen yang berusia 6 tahun sebagai watak utama, serta pengalaman keluarganya, dengan ibu yang sedang sarat mengandung, tempat tinggal yang musnah akibat pengeboman nuklear memberi kehidupan yang sukar pada Gen. Walaupun hanya berusia 6 tahun, dia terpaksa menjadi ketua keluarga menjaga ibu dan adiknya. Kehidupan sukar Gen ini menjadi lebih sengsara bilamana ayahnya di cap sebagai pengkhianat. Ini membuatkan kehidupan seharian lebih sukar, pelbagai kerja yang di lakukan oleh Gen agar dia dan keluarga bebas dari kelaparan. Kisah benar yang di garapkan menjadi 10 jilid manga ini akan membuka mata pembaca tentang pengeboman Hiroshima

10 JILID SIRI BEREFOOT GEN



     
             
          

REVIEW

Buku berdasarkan kisah benar ini membuatkan saya tertarik untuk membaca jilid pertama. Pada saya, penulis berjaya menggambarkan emosi Gen sebagai watak utama dengan baik dan emosi pembaca akan berubah mengikut jalan cerita. Kisah kasih sayang seorang ibu, pengorbanan seorang anak, dan tanggungjawab yang besar yang harus dipikul oleh seorang abang akan membuatkan pembaca menitiskan air mata, lebih-lebih lagi saat anak muda ini kehilangan keluarga akibat kesan radioaktif dari pengeboman tersebut.

Lukisan manga ini menampilkan gaya klasik Jepun yang mana lukisan hitam putih bertujuan untuk pembaca menghayati jalan cerita novel dengan baik. Pada saya, jalan cerita digarap dengan sangat baik, banyak nilai-nilai murni yang dapat kita pelajari dari buku ini. Secara keseluruhan saya suka dengan siri barefoot gen ini, sebab ia adalah kisah benar, banyak tentang budaya Jepun yang dapat saya belajar. Jika korang penggemar sejarah, buku ini memang untuk korang tapi kalau tak minat pun tak salah pun baca, sedikit sebanyak boleh tau tentang perang dua kedua. Buku ini sesuai untuk young adult reading.