Assalamualaikum semua

Dah lama tak kongsikan resepi. Banyak je resepi tapi selalu share dekat IG Reels je. Okay kalini nak kongsikan resepi paling mudah iaitu kerabu. Tapi bukan kerabu yang selalu kita makan, saya pun sebenarnya baru pertama kali buat dan makan. Not bad, pada saya sedap je. Makan dengan nasi panas-panas, dah tak perlu lauk lain sebab dalam tu dah ada lauk dan sayur.


Kalini saya nak kongsikan resepi kerabu ikan dan kacang panjang. Kita boleh pelbagaikan kerabu ikan ni. Saya pernah juga buat kerabu ikan dengan terung. Tapiiiii dengan kacang panjang lebih sedap sebab ranggup kacang panjang tu kot.

Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Resepi ni tak ada sukatan tau, korang agak-agak saja ikut kesukaan, kan mudah gitu hehe


Bahan-bahan

Kacang panjang
Bawang merah/besar
Cabai/Cili padi merah
Ikan kembung
Limau kasturi/Nipis
Garam dan perasa

Cara penyediaan

1. Rebus ikan dan asingkan isinya macam nak buat laksa tu

2. Celur kacang panjang dan racik halus

3. Racik bawang halus, jangan tebal sangat nanti tak sedap. Kita nak bila makan tu tak terlalu rasa bawang mentah

4. Gaulkan kesemua bahan, dan perasakan dengan garam, perasan dan perahan limau

Dah siap!

Senangkan resepi ni. Tak sampai 10 minit pun dah siap (kalau ikan dah siap rebus) hehe. Kerabu ni sedap kalau korang lebihkan pedas dan masam. Ya ampun serius sedap. Selamat mencuba.