Assalamualaikum semua

Saya pernah kongsikan makanan yang sedap-sedap di Hotel Premiere Klang sebelum ini, dan untuk promosi bulan September dan Oktober, Hotel Premiere Klang sekali lagi ada promosi di Restoran The Buzz yang menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, Hotel Premiere Klang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Mereka mempunyai 3 jenis restoran iaitu The Buzz, Royal Gourmet menyajikan hidangan asli Cina yang unik sedangkan Ichi Pool Bar adalah restoran-bar yang mudah menyajikan makanan ringan, burger dan pizza yang menghadap ke kolam renang.

Promosi di restoran The Buzz kali ini menampilkan dua jenis hidangan iaitu SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO dan juga LAKSA FEAST


SPICY CAJUN FRIED CHICKEN WINGS COMBO

Set chicken wings ini dilengkapi dengan beberapa kentang wedges dan coleslaw berkrim dalam kombo. Ia juga didatangkan bersama 2 pilihan sos pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga. Mak ayah boleh makan sos pedas, anak-anak boleh makan sos tak pedas, perfect combo!

Ayam goreng yang dihidangkan ini disalutkan dengan rempah cajun yang berperisa yang yang terdiri daripada campuran garam dengan pelbagairempah, lada cayenne dan bawang putih. Ia kemudian digoreng coklat keemasan. Ratah ayam tanpa sos pun dah sedap tau.


Tengok gambar pun korang boleh nampak petapa ranggupnya salutan pada ayam. Kombo ini berharga RM22+ setiap set. Harga sangatlah berpatutan dengan pelbagai sos yang dihidangkan bersama. Kombo yang wajib korang cuba.


LAKSA FEAST - LAKSA PENANG, LAKSA JOHOR & KARI LAKSA

Set bagi laksa feast menampilkan 3 jenis hidangan laksa yang sedap. Ketiga-tiga jenis hidangan ini adalah hidangan tempatan laksa yang memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Pilih je mana-mana 2 jenis laksa dari kombo ini dengan harga RM29+ setiap set.


LAKSA PENANG
Dihidangkan dengan kuah yang sangat pekat dan penuh dengan ikan serta sayur-sayuran, telur rebus dan limau. Kalau laksa penang wajib ada limau tu kalau tak macam tak lengkap je. Oh ya tak lupa juga pes otak udang pasti melengkapkan menu laksa penang ini.


LAKSA JOHOR
Walaupun saya bukan orang Johor, tapi laksa johor ni adalah antara makanan kegemaran saya. Lasa Johor ini memang sedapp, kuah yang berkrim dan penuh dengan rasa ikan memang mebangkitkan selera. Dihidangkan pula bersama sambal belacan, memang terangkat rasa laksa Johor ni. Peminat laksa Johor rugi tak cuba menu ni.


KARI LAKSA
Kari laksa atau mee kari ini dihidangkan bersama udang, telur rebus, limau, sayur-sayuran dan lain-lain. Hidangan ini memang lengkap dengan kuah yang sangat pekat dan sedap sangat. Udang pun besar, memang cukup rasa semua. Kari laksa ni pun wajib korang cuba, saya jamin korang akan jatuh cinta.

Cajun Chicken Wings & Laksa Feast

Review penuh saya di Youtube


Promosi ini akan bermula bulan September dan Oktober ini. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang sedap lazat enak di Hotel Premiere Klang. Korang order je, pihak hotel akan delivery di depan pintu rumah korang. Untuk tempahan boleh hubungi:

Telefon:
03 3325 6828/ 03 3325 6800

Email:
fnb@premiere-hotels.wct.my

Whatsapp: