Assalamualaikum semua

Sejak PKP saya dah tak hiking macam dulu. Enjin belum panas, hiking pun bukit-bukit je untuk lepaskan rindu. Setakat ni masih belum hiking bermalam, tapi kerinduan pada hutan tu tak tertahan rasanya ecewahhhh haha Sebenarnya saya suka trip hiking bermalam hanyalah sebab nak camping dalam hutan. Jadi bila dah tak hiking trip bermalam ni, tapi terlalu rindu nak tido hutan, jadi marilah kita bercamping. Pilihan saya semestinya wild camping. Tapak untuk wild camping tak sebanyak tapak campsite untuk family kalau untuk klang valley lah. Dulu saya pernah share saya camping di Batangsi. Apa bezanya wild campsite dengan campsite untuk family. Bezanya adalah tiada fasiliti selain tapak kem sahaja dan kebiasaanya agak jauh ke dalam, maknanya kereta tak boleh access, jadi perlu hiking/trekking kurang dari 30 minit. Baru lah rasa macam dalam hutan.

Trip camping kali ni saya cuba tapak baru di Sungai Gading, Perak. Kebetulan memang kami saja yang camping di situ memang heaven lah. Tapak kemsite ni tak sesuai untuk family especially yang ada anak kecil. Disebabkan tapak kemsite agak jauh dari parking, dan perlu merentas 1 anak sungai dan 1 lagi sungai (paras pinggang), jadi sangat sesuai untuk minimalis camper.

Pisang goreng cheese wajib beli sebelum masuk campsite hehe

Tadaaaaa, dah siap pasang khemah, baru boleh bersantai. Sampai wajib pasang khemah/fly dulu, manatau langit tak memberi kerjasama ke kan

Bila bercamping ni, aktiviti seharian adalah menikmati alam semesta. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa tu, mata ni mudah betul layu haha Bagi mengelakkan saya menghabiskan masa dengan tido je, ada baiknya saya masak. Masak dalam hutan ni lain tau feelingnya. Ini antara menu yang saya masak sepanjang bercamping

Menu untuk diri sendiri, nasi putih, ulam salad dan tomato, daging blackpaper

Tok laki nak burger, dia jenis kurang makan nasi

Satu menu western satu lagi menu asian. Dua tekak jadi dua selera lah ye

Haritu siap bawak karipap frozen dari Sarawak. Kawan saya pengusaha karipap frozen di Sarawak, sedap yakmat, yang ni karipap bolognese. Sapa di Sarawak wajib cuba tau.



Ini menu day 2 - Nasi putih, sambal bilis, telur dadar, sayur bendi, ulam salad dan timun serta ikan masin


Menu petang day 2 - cucur jagung

Malam dah tak lalu nak makan nasi, kenyang sangat, jadi masak meggi je lah. Makan megi panas-panas dalam hutan ni nikmat tau

Sardin pun antara menu wajib kalau dalam hutan ni hehe

Day 3 - Nasi putih, sambal sardin, sambal bilis (semalam) dan telur hancur (alkisahnya masak telur guna mestin, memang melekat la, dah tak boleh nak flip, saya hancurkan terus telurnya hahahaha

Tapak kemsite ni juga dikenali sebagai pulau ayah sebabnya ia di tengah-tengah. disebelah kanan dan kiri adalah sungai. Sebab tu, untuk masuk ke kemsite ni perlu seberang sungai yang di sebelah kiri.

Ini adalah laluan untuk ke sungai sebelah kanan. Air area sini best sebab kurang berbatu dan dalam, boleh main terjun-terjun. Takda gambar, tak berani nak bawak phone ke sungai.

Itu je camping trip untuk 3 hari 2 malam. InshaaAllah akan repeat lagi ke sini. So far memang best camping sini, cuma jalan nak masuk pun agak mencabar kalau pakai kereta sedan hehe Untuk yang sukakan adventure memang best camping tempat macam ni. Yang suka bercamping tu tunggu next posting, saya pernah experience kepala air masa camping.