Ad Code

YB3B JADI TRIP YB SINGLE ~ 25 JAM ONTREK GUNUNG YONG BELAR I BAEROSLAN


Assalamualaikum semua

Gunung Yong Belar atau biasanya disebut YB dikalangan pendaki merupakan Gunung ke-3 tertinggi di Semenanjung Malaysia dan disenaraikan sebagai salah satu G7. Dengan ketinggian 2181m(7162ft), terletak di Cameron Highlands,Pahang. Gunung Yong Belar ni berada di Empangan Lembah Blue berkoordinasi 4.61263N, 101.40432E. Trail Gunung Yong Belar memerlukan ketahanan fizikal dan stamina yang baik kerana ia merupakan trek yang panjang dan teknikal. Keadaan bumi yang naik turun dan berselut sangat lah menguji mental terutamanya musim hujan.

Saya menyertai satu team hiking yang menganjurkan trip YB3B (Yong Belar 3 Boundaries). YB3B ni kira macam trip trans, menawan 4 puncak, kalau trip single, maknanya menawan 1 puncak gunung saja. Saya memang excited sangat nak join trip YB3B, memang wishlist la kiranya, sebab 4 puncak yang akan di tawan ni melibatkan 3 buah negeri iaitu Pahang,Perak dan Kelatan. Tapi ada kejadian sedih yang berlaku. Takpa lah kita merancang Tuhan yang menentukan. 

Trip YB3B yang dirancang adala trip 2 hari 1 malam, dengan memilih jalan kebun sebagai starting point dan kami sepatutnya akan tidur di kem gurkha. Jadi kami dinasihatkan oleh guide, dan sweeper perlu sampai di kem gurkha sebelum malam. Seperti yang dirancang, kami mula hike seawal 4 pagi, mula-mula kami masih jalan bersama dalam 1 kumpulan, kemudian masing-masing mula ikut pace sendiri, jadi terpecah kepada beberapa kumpulan. Saya dan kawan berada dengan kumpulan yang pertama, kami jalan bersama dengan guide. Trip hiking biasanya memang akan terpecah kepada beberapa kumpulan ikut pace dan akan regroup di beberapa check point supaya gap diantara kumpulan tak jauh sangat. Korang akan jumpa 7 puncak tipu sebelum jumpa kem tudung periuk. Kami berehat di Kem Tudung periuk untuk sarapan, dan untuk line up yang nak bergambar di pelaur, guide bagi turun untuk ke pelaur. Kemudian kami teruskan perjalan sehingga ke Kem Kasut untuk regroup dan makan tengahari. Masa ni, gap di antara kumpulan agak jauh. Saya di dalam kumpulan pertama, kami sampai sekitar pukul 11 pagi. 

Memandangkan kumpulan belakang masih jauh, dan guide nak tunggu semua ada baru gerak ke puncak YB. Lebih kurang pukul 1 baru kumpulan terakhir sampai, masa ni, gogo dan guide dah berbincang, macam tak sempat sampai di kem gurkha sebelum malam. Jadi selepas berbincang, semua setuju untuk tidur di helipad. Dan 2 orang line up, setuju taknak teruskan misi YB3B sebab pace mereka sangat slow, jadi diorang turun dengan group lain yang kami jumpa di kem kasut yang memang kebetulan nak turun. Yang menjadi masalah sekarang, di helipad takda waterpoint, so kami semua angkut air sebanyak yang boleh untuk ration company (bekalan makanan untuk semua line up yang dah termasuk dalam yuran permit). 


Dari kem kasut ke puncak kurang dari 2 jam (slow pace mungkin 2 jam kot). Kami sampai di puncak, tak sampai setengah jam, hujan lebat yang teramat sangat. Berat bag dah bertambah dengan penambahan ration company. Saya kena angkut fly ground untuk open tent (maaf saya tak translate bahasa, supaya penceritaan sampai kerana ini bahasa yang digunakan dikalangan hikers, kalau ada hikers yang baca, inshaaAllah diorang senang faham). Open tent ni kira khemah terbuka, takda zip semua, hanya alas untuk tidur dan fly alas di atas untuk dijadikan bumbung. Dalam keadaan hujan yang lebat, dan ada seorang line up yang injured, tapi dia taknak turun sama dengan line up yang berdua tadi 😭 Guide nasihatkan untuk kami semua turun semula. 


Masa ni memang kecewa yang teramat sangat. Mana taknya, kalau trip single orang tak bawak load bermalam sampai kepuncak, tak bijak namanya tu, lain lah kalau nak training. Kami dah bawak load, masing-masing pun minimum 10kg terisi dengan segala keperluan untuk trip bermalam. Pada saya, alang-alang dah basah ni, teruskan je la ke helipad, tapi guide tak setuju, dengan rasa kecewa, akur dengan keputusan guide. Kami pun mula turun ke kem kasut semula. YB ni gunungnya sejuk yang teramat, bila berhenti memang sejuk menusuk, jadi saya tak nak berhenti lama-lama. Namun apalah daya, kena akur dengan keputusan guide kan. Kami yang dah tiba awal di kem kasut, terpaksa regroup menunggu kumpulan terakhir yang tiba pukul lebih kurang pukul 6. Masa ni dengan sejuk, lapar sebab last makan pukul 12 tengahari, guide kata kita gerak lepas maghrib dan dijangka sampai di bawah pukul 12 malam paling lewat dan kami tidak dibenarkan berjalan ikut pace sendiri, semua mesti jalan dalam satu kumpulan sebab dah gelap. 

YB ni agak terkenal dengan gunung yang selalu kena kacau. Saya ni ada satu peel yang sejenis tak boleh lapar, kalau lapar saya akan amukan haha Dari kem kasut nak ke kem tudung periuk, lebih kurang 2 jam kalau pace slow sekalipun, tapi entah lah hantu mana yang nak bermain-main, kami tak jumpa kem tudung periuk. Guide kata kami dah kena main, sebab kami melalui jalan yang sama sahaja. Guide arahkan semua berhenti, dan salah seorang line up, Abg Man, cuba baca doa dan azan, kemudian kami teruskan perjalanan. Dalam perjalanan tu, tiba-tiba salah seorang line up menjerit dan menangis-nangis, semua di arah berhenti dan cuba menenangkan dia, rupanya dia ternampak 'gula-gula', sambil dia nangis terduduk tu, ada yang nampak ular kecil kat kaki dia, jadi abang man baca doa dah ular tu menghilang. Saya tak nampak kejadian ni, ni semua diceritakan kembali pada saya sebabnya otak saya dah tak function masa ni, orang jalan saya jalan, orang berhenti saya berhenti haha dah tak ingat pukul berapa sampai di Kem tudung periuk. Salah seorang kawan ingat saya dah kena sampuk. haha Saya sejenis tak boleh lapar, kalau lapar lebih menakutkan dari hantu, masa ni memang takda rasa takut ke apa ke, yang tahu cepat turun saya nak makan nasi. punya la teruk lapar masa tu. 

Akhirnya dah selesai drama dengan gula-gula tadi, kami bergerak turun semula. Sampai di Kem tudung periuk, semua orang dah terlalu keletihan, dah tak mampu nak jalan, dengan tak makannya, bawak load lagi guide tak nak berhenti, nak cepat-cepat keluar, siap marah-marah lagi cakap jalan slow. Dalam hati ni, macam-macam rasa ada bila guide cakap camtu, hanya Tuhan yang tahu. Akhirnya, kami sampai kat bawah pukul 5 pagi. Powil datang pick up dan hantar kami ke Masjid Lojing dimana kami semua parking kereta kat situ, terus mandi, bersihkan diri, solat subuh, lebih kurang pukul 7 pagi baru lah makanan siap dimasak oleh crew, kami masak kat masjid tu. 17 jam kelaparan tak ke macam orang kebuluran, nasi mentah pun licin, sebutir nasi tak tinggal haha

My adik-adik paling sayang

Trip ni menjadi trip paling saya tak boleh lupa, kerana ini trip paling kecewa. Kami tak dapat teruskan misi menawan YB3B hanya kerana ada line up yang tak training. Saya ambil kesempatan nak menulis disini, kalau kita nak hiking di mana-mana gunung, adalah penting untuk kita ambik tahu keadaan gunung tu, keadaan trail, jarak, jangka masa perjalanan, kelengkapan yang perlu dibawa dan paling penting mestilah TRAINING! Ada satu ketika, hiking jadi sangat trending, tapi kebanyakan kes syok sendiri, tak bersedia, lepas tu injured dan kena panggil bomba dan sebagainya. Ada je saya jumpa line up yang baru pertama kali hiking, tapi ikut trip G7, saya yang dengar ni macam wow padunya budak ni, tak biasa hiking terus naik Gunung-gunung G7, rupanya kelengkapan tak cukup, stamina tak ada, alih-alih, orang kena bawak beg dia, sebab dia dah tak daya nak berjalan. Geram pun ye lah jugak, sebab hiking ni team work, jadi kita perlu siapkan diri, ilmu hutan, kena tau yang basic, sebabnya kita tak tau apa akan berlaku kat hutan tu, jangan ambil ringan ye. Banyak pulak terbebel, saya jadi serik lepas trip YB ni, setiap kali nak join trip yang level of difficulty-HARD, saya akan tanya gogo ada line up selected ke tak, kalau tak selected memang tak join. hehe Selected ni means gogo akan interview dulu, kita pernah naik gunung apa, pace kita, supaya gogo boleh nilai tahap stamina dan kekuatan fizikal untuk ikut trip yang di kelolakan. Okay macam biasa saya bagi hiking log saya, tapi saya akan bagi hiking log YB Single je.

HIKING LOG GUNUNG YONG BELAR SINGLE

0200 Berkumpul di Masjid Lojing
0300 Naik powil, taklimat dan doa
0430 Mula mendaki
0530 Regroup dan solat subuh
0600 Decesding to Kem tudung periuk
0830 Kem Tudung Periuk
0930 Decesding to Kem Kasut
1045 Kem Kasut
1400 Ke puncak
1600 Mencapai puncak, berdoa dan berselfie
1700 Decesding down
1830 Kem Kasut
0000 Kem Tudung Periuk
0500 Tiba di kebun, naik powil ke masjid

KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA

1. 2L beg air (water bladder)
2. T-shirt dan seluar tambahan
3. Makanan
4. Baju hujan
5. Beg dan kasut yang bersesuain
6. Stokin tambahan
7. Hiking stick
8. Fleece Jacket / Windbreaker  & glove (berangin dan sejuk)
9. Headlamp dan extra bateri
10. Peralatan perkhemahan

Post a Comment

33 Comments

  1. Mendaki gunung sebelum pkp ke? hehe. Sememang nampak cam menarik ja akan tetapi dengan covid ini semua akan menjadi terbantut sahaja. Terima kasih berkongsi pengalaman yang menarik kepada kami terutama yang membaca ini. Selamat hari raya ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sebelum PKP. baru ada masa nak buat entri hiking.

      Delete
  2. Menarik sungguh penceritaan. K Sal yang teruja baca tapi tula sayangnya ending macam tak sampai ke puncak. Apapun kita hanya mampu merancang .. sis dah cuba yang terbaik. Tahniah !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai ke puncak kak sal. cuma tak dapat tawan 3 puncak yang lain

      Delete
  3. byk btul gunung dh di tawan ye...dgn entry camni saya pn br tau mcm2 nama gunung..tq for sharing...bkn semua org dpt buat aktiviti camni kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah g7 dah complete. slow2 baru nak buat entri hehe

      Delete
  4. Tahniah dah sampai banyak gunung. Bila baca ni baru lahbtahu nama nama gunung di Malaysia ni haha... selalu tahu nama gunung tertinggi jr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia ni banyak gunung yang mencabar dan cantik2

      Delete
  5. Tak pernah dengar ttg gunung ni..sis pun suka hiking juga tp takat bukit jelah takat ni..bila baca cerita ni rs seriaulah mcm2 kejadian..sis kalu berjam2 kena hiking mmg xlah..haha syabas pd adik yg very adventures

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini sebab ada kes, biasanya naik gunung okay je. hehe

      Delete
  6. Gigih la Bae ni hiking merata-rata tempat. Sure semua barang hiking dah ada kan? Tu yang bila dah hike satu tempat, nak pulak pergi next tempat. Seronok kalau ada geng ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah barang hiking kena complete lagi2 trip bermalam. cari nahas tak cukup equipments hehe

      Delete
  7. Tengok orang hiking rasa seronok je. tp saya ni pulak jenis x suka aktiviti macam ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak minat takyah join. seret kaki kang nanti haha

      Delete
  8. bbestnye tengok orang hikjng hiking ni. Nak juga menceburkan diri, tapi tak tahu la bila nak start

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. pandemik ni rasanya by next year pun belum tentu bokeh hiking

      Delete
  9. Walaupun nama gunung tu pelik, tapi gunung ni Sis tau hehehe sebab ada geng senam Sis dah mendaki ke sini...masa tu ada gak derang pelawa tapi Sis belum ada pengalaman dan keyakinan nak join, kalau tak..merasa gak jejak sini hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time boleh la. yb ni famous dikalangan hikers sis

      Delete
  10. Woww hebat betul korang. Macam2 pengalaman korang dapat masa hiking. Bukan calang2 orang dpt semangat cam gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 adooo haha. ni first time jumpa hantu. tapi bukan saya la yang jumpa haha

      Delete
  11. bestnya kan pengalaman hiking ni. bukan semua orang suka aktiviti dan terus bersemangat. saya ni penakut

    ReplyDelete
    Replies
    1. penakut ikut trip dayhike je. jangan ikut trip bermalam

      Delete
  12. bestnya hiking experience awak. thanks for sharing, i x sabar nk cuba daki gunung ni nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bokeh hike sama2.. moga cepatlah covid menghilang

      Delete
  13. Berbelit lidah nak sebut nama gunung ni hah, pulak tu pelik je namanya. Tapi seronok baca pengalaman awak hiking di macam macam tempat. Rasa macam sendiri pun jlin hiking sekali

    ReplyDelete
  14. Bestnya gi hiking. Lama tak gi hiking sejak-sejak dah beranak pinak ni. Sejenis tak reti nak tinggal anak kat rumah. HUhu.

    ReplyDelete
  15. YB ye... menarik sungguh singkatan nama Gunung Yong Belar ni... saya pun pernah alami perasaan sedih tak dapat nak tawan puncak gunung masa hiking gara-gara beginner yang tak bersedia dan beranggapan bahawasanya tak perlu training langsung pun kalau nak pergi hiking... memang dia punya down tu, aduh, sakitnya tu di sini gitu... #ifeelyou

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. geram je kan. terpaksalah repeat balik nanti huhu

      Delete
  16. Alhamdulillah.....trip YB3B yg aku join complete,sememangnya circle YB3B best dan unik,antara yg menarik mossy yg ad diantara peak ke kem gurkha ke puncak charlie ke puncak 6040...trek yg x ramai hikers guna,In Shaa ALLAH,ad rezeki aku nk repeat mgkin reverse kot,dri blue dam ke kebun sayur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyaaaa. YB3B memang wishlist. kecewa betul tak dapat completekan misi.

      Delete
  17. Perkongsian yang baik. Kalau berminat nak hiking di Cameron Highlands boleh roger saya. Contact 01124134520.

    ReplyDelete